Pelajar Sabah Menang Anugerah Kebangsaan Kategori Komik

KENINGAU: Audrey Aurora Witer, pelajar jurusan pembuatan kek dan pastri di Kolej Vokasional Keningau, telah dipilih sebagai salah seorang pemenang anugerah RYSE melalui pertandingan Diam2 Ubi Berisi dalam kategori komik yang telah diumumkan di laman media sosial penganjur pada 13 Mac 2021.

Pelajar ini telah menghantar hasil karyanya yang bertajuk “Catarons” untuk dipertandingkan dalam peraduan tersebut yang terbahagi kepada tiga kategori: penulisan cerpen, penulisan puisi serta penghasilan komik.

Sebagai pemenang anugerah RYSE, pelajar ini telah memenangi sijil, wang tunai berjumlah RM 200 serta cenderamata dari pihak penganjur, Rapid Youth Success Entrepreneurship (RYSE).

Pertandingan tersebut yang mula menerima penyertaan dari hujung tahun 2020 sehinggalah 20 Februari 2021 menetapkan pandemik COVID 19 serta kesannya dalam bidang perniagaan sebagai tema.

Selain dari Audrey Aurora, terdapat lima lagi pelajar KV Keningau yang turut menghantar penyertaan dalam kategori masing-masing.

Komik hasil penulisan dan lakaran pelajar ini mengisahkan pengalaman seorang bekas juruterbang yang kehilangan kerjanya semasa kejatuhan ekonomi yang diakibatkan oleh pandemik COVID 19.

Bertekad untuk terus mencari sumber pendapatan yang stabil, dia berjaya menubuhkan perniagaan menjual makaron yang bertemakan kucing bersama teman rapatnya.

Komik tersebut boleh diakses melalui pautan berikut:

https://drive.google.com/file/d/1X3wFxyjCwGJpO4TkW1SlBYVRLyEVUGbC/view?usp=sharing

Pengarah KV Keningau, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, menyifatkan kejayaan Audrey Aurora sebagai contoh kepelbagaian bakat di kalangan pelajar sekolah tersebut.

Dia menegaskan bahawa KV Keningau yang telah menempa nama di pentas dunia dalam bidang kajian dan inovasi akan terus meneroka bidang baru seperti seni penulisan.

Pelajar-pelajar di kolej itu telah mula bergiat aktif dalam penulisan cerpen, puisi, lagu dan esei untuk dipertandingkan, dipersembahkan atau diterbitkan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *