PKPD Di Nabawan Dilanjutkan 2 Minggu Lagi

KUALA LUMPUR: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di daerah Nabawan, Sabah yang sepatutnya tamat esok, akan dilanjutkan selama 14 hari lagi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) sudah melaksanakan 3,079 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 279 kes positif direkodkan.

“KKM mengesahkan masih terdapat baki 872 sampel saringan yang belum mendapat keputusan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di Nabawan, Sabah selama 14 hari lagi bermula 17 Mac hingga 30 Mac ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *