Hanya 29 Kes Positif Covid-19 Di Sabah Hari Ini – Masidi

Datuk Seri Panglima Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Kes positif baharu Covid-19 di Sabah terus merekodkan kes terendah untuk hari kedua berturut-turut, dimana hanya dengan 29 kes dilaporkan, hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun memaklumkan perkara itu menerusi laman Twitternya, hari ini.

Kes ini adalah terendah pernah direkodkan di Sabah sejak gelombang ketiga Covid-19 melanda negara pada penghujung September tahun lalu.

Beliau berkata, hanya satu kes dilaporkan du Kota Kinabalu hari ini dan Nabawan mencatatkan kes tertinggi, dengan 11 kes.

Bagaimanapun, rakyat diingatkan tidak terlalu leka dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Sehingga kini, kumulatif kes Covid-19 di Sabah sebanyak 53,932 kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *