COVID-19: 1,208 Kes Baharu, 3 Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 1,973 pesakit sembuh, berbanding 1,208 kes baharu Covid-19 dan 1,213 kematian.

Ia menjadikan 308,247 kes pulih daripada keseluruhan 324,971 jangkitan Covid-19 dengan 1,213 kematian direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 15,511 kes aktif dengan 70 daripada 155 pesakit di ICU memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu itu sebanyak 1,199 penularan tempatan.

Katanya, kes penularan tempatan membabitkan 920 warganegara dan 279 warga asing.

Selangor masih mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi iaitu 379 kes.

Ia diikuti Sarawak (251), Pulau Pinang (142), Johor (118), Negeri Sembilan (80), Kuala Lumpur (61), Terengganu (39), Perak (37), Sabah (29), Kedah (27), Kelantan (25), Pahang (17), Melaka (2) dan Putrajaya (1).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *