Kompaun RM10,000 Kerana Letak Pelitup Di Dagu

Gambar Hiasan

BAGAN SERAI: Polis mengesahkan satu notis kompaun RM10,000 di Tanjung Piandang, Parit Buntar, yang tular adalah benar.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, dalam kejadian 1.20 tengah hari Jumaat lalu di kedai runcit di Tanjung Piandang, pihaknya menahan dan mengeluarkan notis kompaun kepada lelaki berusia 45 tahun berikutan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Berdasarkan pemerhatian dan siasatan anggota, lelaki itu gagal memakai pelitup muka dengan sempurna dan hanya meletakkannya di dagu ketika masuk dan keluar dari premis berkenaan.

“Oleh demikian anggota mengeluarkan satu notis kompoun kepada lelaki terbabit di bawah Seksyen 21A (1) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi pihaknya menyeru orang ramai agar terus patuh pada SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ditanya mengenai jumlah saman, beliau menegaskan pengurangan saman hanya ditentukan oleh Pegawai Kesihatan Daerah. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *