Kampung Lingkudau, Keningau Dikenakan PKPD Hingga 28 Mac

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Lingkudau di Keningau, Sabah bermula esok hingga 28 Mac ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD selama 14 hari itu dilaksanakan berikutan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di lokaliti itu dan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.

Katanya, setakat kelmarin, KKM sudah melaksanakan 102 ujian saringan di Kampung Lingkudau dan daripada jumlah itu, sebanyak 19 kes positif COVID-19 direkodkan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Lingkudau, Keningau, Sabah bermula 15 Mac hingga 28 Mac 2021.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk, serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *