COVID-19: Sabah Rekod Kes Terendah Dengan 39 Hari Ini

KOTA KINABALU: Sabah akhirnya mencatatkan kes dibawah 50 kes sejak gelombang ketiga Covid-19 melanda negara pada hujung September tahun lalu.

Kes positif baharu Covid-19 dilaporkan hari ini adalah 39 kes, berbading 71 kes, semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, hari ini Kota Marudu bertukar dari zon merah kepada zon jingga sementara, Kinabatangan bertukar dari zon jingga kepada zon kuning.

Beliau berkata, daripada 39 kes baharu hari ini, Keningau mencatatkan 14 kes positif, diikuti dengan Tawau (5), Kota Kinabalu (4) dan tiga kes di Kalabakan, Nabawan dan Sipitang.

Sementara dua kes masing-masing di Penampang dan Kota Belud dan satu kes di Kinabatangan, Tambunan dan Lahad Datu.

Hari ini, 16 daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

Menurutnya, daripada 39 kes positif itu, sebanyak 26 kes dari saringan kontak rapat, saringan bergejala tiga kes, saringan kluster sedia ada empat kes dan enam kes adalah dari lain-lain kategori.

Hari ini, seramai 158 orang telah sembuh, dengan bilangan kumulatif 52,869 kes. Manakala, kes kematian di Sabah kekal 382 kes.

Setakat ini, sebanyak 53,903 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah dengan 482 orang pesakit sedang menerima rawatan, iaitu 192 orang di hospital dan 290 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).

Terdapat 15 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan enam orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bilangan keseluruhan katil di hospital dan PKRC di Sabah 4,901 katil dan peratus penggunaan adalah 9.83 peratus.

Untuk penerima vaksin pula, sehingga kini sejumlah 25,439 orang telah menerima vaksin fasa pertama bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *