73 Rumah Atas Air Di Pulau Gaya Hangus Terbakar

Keadaan rumah pagi ini yang terbakar di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, malam tadi.

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, di sini, malam tadi, menyebabkan lebih 200 penghuni hilang tempat tinggal.

Kejadian kira-kira jam 8 malam itu dipercayai bermula dari sebuah rumah dan api merebak dengan cepat, berikutan kedudukan rumah yang rapat antara satu sama lain.

Keadaan rumah pagi ini yang terbakar di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, malam tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau mangsa cedera dalam kejadian itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi, berkata sebaik menerima panggilan jam 8.23 malam, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Lintas dan Penampang dikejarkan ke lokasi kejadian dengan menggunakan bot.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, api marak dan operasi memadam kebakaran terus dijalankan.

“Api berjaya dikawal jam 10.16 malam tadi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip, berkata sebanyak tiga pusat penempatan sementara (PPS) dibuka iaitu di Sembulan, Likas dan juga Damai bagi menempatkan mangsa yang terjejas.

Sementara itu, Datuk Bandar Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip, berkata sebanyak tiga pusat penempatan sementara (PPS) dibuka iaitu di Sembulan, Likas dan juga Damai bagi menempatkan mangsa yang terjejas.

Keadaan rumah pagi ini yang terbakar di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, malam tadi.

“Kami juga difahamkan, ada yang sudah keluar daripada pulau dan diambil oleh keluarga masing-masing,” katanya.

Terdahulu, tular beberapa gambar serta video dikongsi netizen di laman sosial keadaan api yang marak itu dapat disaksikan dari pinggir pantai Kota Kinabalu.

Pulau Gaya boleh diakses dengan menggunakan bot dari tanah besar di sini dengan perjalanan sekitar 15 hingga 20 minit bergantung kepada keadaan cuaca dan laut. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *