Kerajaan Benar Rentas Daerah, Kata Pengusaha Bas Ekspres Sabah

Terminal Bas Ekspress Inanam, Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Presiden Majlis Pengusaha Bas Ekspres Sabah (SEBOC) Donald Hanapi berkata, pihaknya sudah mengadakan mesyuarat dengan kerajaan dan mereka bersetuju membenarkan aktiviti rentas daerah dalam masa terdekat ini.

Katanya, dalam mesyuarat itu, beliau mengemukakan hujah supaya rentas daerah dibenarkan dan ia dipersetujui oleh semua pegawai daerah seluruh negeri serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah.

“SEBOC bermesyuarat pagi tadi dengan Kementerian Pembangunan Infrastruktur yang mewakili kerajaan negeri.

Datuk Donald Hanapi

“Pihak kami telah membentangkan yang amat munasabah mengapa kerajaan negeri perlu membenarkan semula rentas daerah untuk membolehkan perkhidmatan bas ekspres boleh beroperasi.

“Antara alasan yang diberi ialah kes semakin menurun, vaksin telah dibekalkan dan sudah banyak sektor pelancong serta perniagaan telah dibuka,” katanya dalam kenyataan.

Donald berkata, tiada lagi alasan kerajaan negeri terus menyekat aktiviti rentas daerah kerana ia sudah dipersetujui oleh semua pegawai daerah di Sabah dan juga LPKP.

“Mesyuarat hari ini juga mengambil keputusan untuk membenarkan rentas daerah dalam dua tiga hari ini mengikut SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan,” katanya. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *