KWSP i-Sinar: Ahli Boleh Buat Pindaan Bermula Esok, Hanya Boleh Menambah Jumlah Pengeluaran

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa hanya pindaan menambah jumlah pengeluaran sahaja boleh dibuat untuk pengeluaran i-Sinar.

Menurut perkongsian di akaun Twitter rasminya, ahli KWSP boleh membuat pindaan tersebut bermula 8 Mac 2021 ini.

“Bagi anda yang tidak memilih amaun yang betul semasa permohonan asal dibuat, anda boleh mula membuat pindaan bermula 8 Mac 2021 melalui i-Sinar Online.

Walau bagaimanapun, KWSP juga memaklumkan bahawa pindaan hanya boleh dibuat sekali sahaja.

Seperti yang dinyatakan di atas, ahli hanya boleh membuat pindaan bermula esok (8 Mac), hanya untuk penambahan jumlah pengeluaran sahaja. Pun begitu, ianya tertakluk kepada jumlah maksimum kelayakan semasa permohonan asal dibuat.

“Sekiranya anda telah memohon amaun kelayakan maksimum semasa permohonan asal dibuat, tiada lagi pindaan amaun boleh dibuat.”

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *