1,683 Kes Baharu Covid-19, 3 Kematian Hari Ini

Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR: Kes baharu positif Covid-19 di negara ini merekodkan 1,683 kes dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 313,460 kes dengan kes aktif sebanyak 20,333 kes.

Katanya, daripada jumlah kes baharu dilaporkan hari ini, 10 adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala 1,673 kes membabitkan penularan dalam negara.

“Kes sembuh harian pula mencatat 2,506 kes, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh setakat hari ini sebanyak 291,958 kes,” katanya dalam kenyataan media mengenai perkembangan Covid-19, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 174 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 81 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Beliau berkata, tiga kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian keseluruhan dalam negara akibat pandemik itu membabitkan 1,169 kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *