Sabah, Melaka Kongsi Mata

Pemain Sabah, Amri Yahyah (tengah) dihalang oleh pemain Melaka.

MELAKA: Melaka United dan Sabah memulakan saingan Liga Super musim ini dengan berkongsi satu mata selepas seri 1-1 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, sebentar tadi.

Menguasai awal permainan tuan rumah bagaimanapun buntu mencipta jaringan walaupun berpeluang merobek gawang lawan sepanjang 45 minit pertama.

Dua peluang terbaik Melaka hadir menerusi Sony Norde apabila sepakannya pada minit ke-35 membias ke kanan gawang Sabah, sementara percubaan keduanya pada m-38 turut tersasar.

Bagaimanapun, percubaan lebih menarik menerusi pemain tengah Manuel Gelito Ott dua minit selepas itu yang hampir memecah kebuntuan selepas hanya tersasar sedikit diatas palang.

Namun, Sabah akhirnya melakukan kejutan apabila berjaya merobek gawang tuan rumah menerusi rembatan kencang Hamran Peter yang menewaskan Khairul Fahmi Che Mat pada hujung babak pertama.

Cemas selepas ketinggalan skuad Hang Tuah hampir menyamakan kedudukan pada minit ke- 55 menerusi Alex Goncalves namun tolakannya berjaya ditepis penjaga gol Sabah Robson Rendy Rining.

Akhirnya pemain sayap kanan, S Kumaahran berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-63 menerusi hantaran Norde sekali gus melegakan tuan rumah. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *