COVID-19: 1,680 Kes Baharu, 7 Kematian Dicatatkan Hari Ini

KUALA LUMPUR: Kes baharu positif Covid-19 di negara ini menurun dalam tempoh 24 jam lalu kepada 1,680 kes berbanding 2,154 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 311,777 kes dengan kes aktif sebanyak 21,159 kes.

Katanya, daripada jumlah kes baharu dilaporkan hari ini, tiga adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala 1,677 kes membabitkan penularan dalam negara.

“Kes sembuh harian pula mencatat 2,548 kes, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh setakat hari ini sebanyak 289,452 kes,” katanya dalam kenyataan media mengenai perkembangan Covid-19, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 172 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 84 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Beliau berkata, tujuh kematian pula dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian keseluruhan dalam negara akibat pandemik itu membabitkan 1,166 kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *