KWSP i-Sinar: Ahli Boleh Buat Pindaan Jumlah Permohonan Bermula 8 Mac

KUALA LUMPUR: Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membuat permohonan i-Sinar dibenarkan untuk membuat sebarang pindaan pada butiran permohonan.

KWSP menerusi satu infografik dikeluarkan Bernama menjelaskan, antara perkara yang boleh dipinda tersebut termasuklah jumlah nilai yang dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online.

Selain itu, bagi pemohon baharu yang berumur di bawah 55 tahun, permohonan boleh dibuat bermula 8 Mac ini dan akan diproses dalam tempoh lima hari.

Dalam masa sama, status permohonan dan tarikh bayaran juga boleh disemak selepas itu.

Bagaimanapun jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan tetap kekal seperti sebelum ini, selain ianya tertakluk kepada baki Akaun 1.

Sebarang maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi talian hotline 03-8922 4848 atau layari www.kwsp.gov.my. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

11944