‘Polis Melakukan Pemeriksaan Mengikut Undang-Undang’

Tangkap layar daripad video pemeriksaan dilakukan polis.

KUALA LUMPUR: Polis Selangor mengesan satu klip video tular di media sosial memaparkan seorang individu mempertikaikan tindakan polis dengan meminta dikemukakan waran tangkap dan waran geledah semasa pemeriksaan di kediamannya.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, klip video berdurasi 4 minit 30 saat itu adalah pemeriksaan bagi mendapatkan peranti atau bahan bukti bagi tujuan siasatan.

“Selain itu, menafikan sekeras-kerasnya bahawa tujuan kedatangan pihak polis adalah untuk menangkap individu berkenaan.

“Tindakan diambil polis dalam isu ini adalah mengikut peruntukkan undang-undang sebagaimana termaktub mengikut Seksyen 248 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

Menurutnya, ia bagi mengelakkan berlaku sesuatu sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Dalam video klip terbabit, penghuni rumah berkenaan mempertikaikan pemeriksaan polis yang didakwa dilakukan pada 3 pagi.

Pada masa sama, beliau meminta polis menunjukkan waran geledah atau waran tangkap untuk menjalankan pemeriksaan berkenaan. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *