PATI Antara 7 Lelaki & 7 Wanita Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

TAWAU; 02 MARCH 2021 (Selasa) – Polis Tawau telah berjaya menahan 14 individu selepas didapti terlibat dalam aktiviti menjalankan kegiatan perjudian Sabung Ayam di sebuah kawasan Ladang kelapa sawit persendirian di Jalan Tawau-Kunak, Tawau, ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh lelaki dan tujuh wanita termasuk seorang warga tempatan berumur diantara 18 hingga 65 tahun kira-kira pukul 2.30-petang.

Katanya, kesemua warga asing tersebut merupakan warga Indonesia dan enam daripadanya didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Jelasnya, dalam serbuan tersebut, pihaknya merampas empat ekor ayam Sabung hidup, sebuah beg pisau taji ayam dan lapan bilah pisau taji ayam.

Tegasnya, kesemua yang ditahan akan disiasat dibawah Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

SumbeR: BESTAWAUfm

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2872