COVID-19: 2,364 Kes Baharu, 10 Kematian Hari Ini

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,364 kes baharu COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini 298,315 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah berkenaan hanya satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Katanya, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi hari ini iaitu 862 kes diikuti, Johor dengan 314 kes dan Perak sebanyak 305 kes.

“Pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 27,028 kes.

“Sehingga kini seramai 190 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 99 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 10 kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 1,121 kes bersamaan 0.38 peratus.

Beliau turut memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari ini terdapat 3,320 kes sembuh dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih di negara ini sebanyak 270,166 atau 90.6 peratus.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *