Sabah Sedia Laksana Gelembung Perjalanan

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Jafry Ariffin berkata, negeri itu bersedia melaksanakan gelembung perjalanan dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada keadaan semasa dan bila perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) akan dilaksanakan di Sabah.

“Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak termasuk pelancong mahupun pemain industri pelancongan agar sentiasa peka dengan kesihatan diri dan keadaan sekeliling serta mengikuti SOP yang ditetapkan.

“Selain itu, premis pelancongan juga hendaklah bersedia menerima pengunjung dengan persediaan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berharap program vaksinasi yang akan bermula Rabu ini berjalan lancar dan Malaysia dapat membendung penularan Covid-19.

“Ini seterusnya akan menggerakkan semula sektor pelancongan bagi menjana ekonomi negeri ini.

“Pelaksanaan vaksinasi secara berkesan akan menjadi faktor utama ke arah pembukaan sempadan, normalisasi aktiviti perjalanan dan pelancongan antarabangsa.” – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *