Sekolah Menengah Mula Dibuka Selepas Cuti Pertengahan Tahun

KUALA LUMPUR: Pelajar Sekolah Menengah akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April ini bagi sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Bagi sekolah di negeri lain akan memulakan sekolah pada 5 April ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, sekolah menengah lebih lewat memulakan sesi persekolahan kerana mulai Isnin ini pelajar menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Semua pelajar sekolah menengah akan memulakan persekolahan selepas cuti pertengahan penggal pada 26/27 Mac sehingga hingga 4 April ini,” katanya dalam sidang media pembukaan sekolah di sini, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *