COVID-19: 2,998 Kes Baharu, 5,709 Sembuh & 22 Kematian Hari Ini

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit sembuh daripada COVID dalam tempoh 24 jam ialah 5,709 lebih tinggi berbanding jangkitan baharu sebanyak 2,998.

KUALA LUMPUR:Malaysia merekodkan 22 kematian baharu akibat COVID-19, menjadikan jumlah kes kematian secara keseluruhannya kini 1,005 kes.

Dalam masa sama, negara melaporkan 2,998 jangkitan baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 272,163.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sembilan daripada jumlah jangkitan baharu merupaka kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Kata beliau, ketika ini juga, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini ialah sebanyak 41,396.

Menurut Dr Noor Hisham, negeri Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan 1,382 kes diikuti Johor (436), Negeri Sembilan (233), Kuala Lumpur (226) dan Sarawak (200).

Sementara itu, jumlah pesakit sembuh daripada pandemik berkenaan adalah 5,709 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 229,762 kes.

Setakat ini, 231 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 115 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *