Lebih 2,600 Majikan Sabah Buat Saringan COVID-19 Pekerja Asing

Kakitangan sebuah kilang memproses udang antara yang terbabit dalam program saringan COVID-19 pekerja asing Sabah pada 11 Januari lalu. – Gambar fail BERNAMA

KOTA KINABALU: Sebanyak 2,621 daripada 8,369 majikan di negeri ini sudah membuat saringan COVID-19 pekerja asing yang mencarum PERKESO setakat ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata 60 peratus daripada keseluruhan pekerja asing Sabah sudah menjalani ujian saringan terbabit.

“Seramai 69,088 daripada keseluruhan 115,157 pekerja asing di Sabah yang mencarum dengan PERKESO sudah menjalani ujian saringan. Majikan wajib menghantar pekerja asing mereka membuat saringan dan ia perlu dilakukan sebelum tarikh akhir 28 Februari ini,” katanya.

Sabah mencatat 97 kes positif baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 51,429 kes dan satu kematian direkodkan di daerah Keningau.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *