COVID-19: 2,176 Kes Baharu, 10 Kematian Hari Ini

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Malaysia hari ini terus merekodkan kes sembuh Covid-19 melebihi 4,000 kes iaitu sebanyak 4,521 kes sekali gus mengatasi kes positif baharu 2,176 kes dengan 10 kematian.

Jumlah terbabit menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 218, 335 kes manakala 266, 445 kes positif dengan kes aktif menurun kepada 47,135 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 260 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 112 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor masih menjadi negeri tertinggi merekodkan kes positif biarpun kali ini, tidak melebihi 1,000 kes iaitu hanya 910 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *