Ibu Kandung Atau Waris Kanak-Kanak Lelaki Ini Dicari

Kanak-kanak lelaki yang kini berumur 2 tahun telah diserah ibunya ketika umur sehari.

SANDAKAN: Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Sandakan sedang mengesan ibu kandung atau waris seorang kanak-kanak lelaki yang kini berumur 2 tahun,bagi membantu urusan penyerahan bayi.

Pegawai Pelindung Bahagian Sandakan Erdianna Kanin berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk mengesan ibu kandung atau waris kanak-kanak lelaki berkenaan.

“Kanak-kanak lelaki ini telah diserahkan kepada pasangan suami isteri, Nazira Aspar dan Shahleen Ibnoh semasa kanak-kanak berkenaan berumur satu hari di Pasar Inanam Kota Kinabalu pada 14 Januari 2019 semasa pasangan itu masih lagi berada di Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata pasangan suami isteri berkenaan hanya mengenali ibu kandung kanak-kanak itu dengan panggilan Rubiah melalui kakak iparnya.

Sehubungan itu Erdiana meminta ibu kandung tampil membantu siasatan bagi memudahkan segala urusan berkaitan bayi berkenaan.

Untuk sebarang maklumat boleh menghubunginya di talian 089-668494 atau 089-667821 (pejabat). – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *