Cara Tukar Amaun i-Sinar Secara Online Melalui i-Akaun

Ramai yang berjaya memohon i-Sinar Kategori 1, tapi ada yang Kecewa sebab tersilap tekan jumlah pengeluaran, jadi ada yang dah pergi sendiri ke Pejabat KWSP untuk bertanya cara tukar amaun iSinar melalui Pegawai KWSP.

Dengar kata, ia boleh dilakukan secara online melalui i-Akaun.

Menurut pengguna yang telah menghubungi KWSP, inilah cara yang diajarkan oleh pegawai KWSP untuk membuat pindaan atau tukar amaun iSinar yang tersilap ‘tarik’ pada bahagian slide tersebut.

Di sini kami siarkan perkongsian lengkap cara tukar amaun pengeluaran i-Sinar online melalui i-Akaun untuk panduan bersama.

Cara Tukar Amaun Pengeluaran iSinar Secara Online

Husband pergi KWSP Kuantan, nak tukar amaun i-Sinar KWSP sebab tersilap tarik amaun (hanya amaun pilihan).

Jadi staf KWSP yang ajar buat macam ni.

Saya dah perincikan satu per satu.

Pastikan setiap ruang diisi dengan betul sebab selepas hantar dah tak boleh dikemaskini atau diubah lagi ya!

  1. Login i-Akaun KWSP
  2. Klik ENQUIRY
  3. Kemudian klik i-SINAR
  4. Isikan semua butiran dengan lengkap.
  5. Di bahagian DETAILS, masukkan alasan / sebab nak tukar amaun iSinar.
  6. Pilih EMAIL atau PHONE CALL untuk mendapat maklumbalas.
  7. Tekan SUBMIT setelah semua maklumat diisikan dan disemak.
  8. Selesai.

Rujuk langkah bergambar di bawah:

Login i-Akaun KWSP macam biasa.

(Yang belum ada i-Akaun boleh daftar melalui kios KWSP atau Pejabat KWSP.)

Bila dah login i-Akaun, pergi ke bahagian ENQUIRY.

Kemudian pilih i-Sinar.

Lepas tu isikan alasan kenapa nak tukar amaun iSinar tu dekat bahagian DETAILS.

Seterusnya isikan maklumat anda.

Preview dan semak sebelum menghantar.

Lepas tu tekan butang SUBMIT.

Ok, lepas dah submit, boleh simpan atau print slip ini untuk rujukan.

Pastikan kita sentiasa alert dengan panggilan telefon atau email untuk mendapat maklumbalas dari KWSP.

Jika perlu ke Pejabat KWSP, pastikan buat janji temu online dulu ok!

PENAFIAN: Cara tukar amaun i-Sinar ini dikongsikan oleh salah seorang pengguna media sosial yang telah pergi berjumpa sendiri dengan pegawai KWSP di salah sebuah cawangannya. Namun, pihak KWSP tidak membuat pengumuman rasmi tentang pindaan amaun i-Sinar setakat ini. Jadi, ia adalah satu cara alternatif kerana difahamkan KWSP sedang mengalami kesibukan kerana terdapat begitu banyak permintaan dan pertanyaan tentang i-Sinar.

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848. atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *