COVID-19 : 3,384 Kes Baharu, 13 Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA: Sebanyak 3,384 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 254,988 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, terdapat 15 kes yang dikesan mendapat jangkitan dari luar negara.

Katanya, sehingga kini seramai 259 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 122 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Sehingga kini, sebanyak 51,783 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dikesan, bersamaan 20.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari ini, terdapat 3,774 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 202,269 kes.

Manakala, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 13 kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 936 kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

679