Pasar Malam Dibenar Operasi Ikut Penilaian PBT

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah turut membenarkan operasi pasar malam sejak 5 Feb lalu namun, ia tertakluk kepada penilaian risiko dan kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, operasi pasar malam dibenarkan dari 4 petang hingga 10 malam.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada kebenaran PBT di daerah masing-masing. Sekiranya PBT merasakan sukar untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), operasi pasar malam tidak akan dibenarkan.

“Kita serahkan kepada budi bicara PBT sama ada mereka mampu melaksana SOP bagi pembukaan pasar malam,” katanya semasa sidang media mengenai perkembangan semasa Covid-19 negeri Sabah, hari ini.

Katanya, disebabkan pasar malam hanya membuat satu laluan masuk dan satu laluan keluar jadi, ia terserah kepada PBT untuk meneliti risiko penularan jangkitan Covid-19 di kawasan masing-masing. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *