COVID-19: 3,100 Kes Positif Baharu & 24 Kes Kematian Hari Ini

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan sebanyak 3,100 kes baharu positif Covid-19 dengan 24 kes kematian direkodkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 245,552 kes.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 51,977 kes aktif dicatatkan di Malaysia. Seramai 282 pesakit masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuklah 134 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Sehubungan dengan itu, kes sembuh turut mencatat jumlah tinggi iaitu sebanyak 2,340 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 192,679.

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat 24 kes kematian. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 896. Ini merupakan antara kes kematian tertinggi yang pernah dilaporkan.

Menurut catatan di Twitter Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, 21 kes kematian melibatkan warganegara manakala 3 bukan warganegara.

Pecahan kes baharu mengikut negeri. 

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *