Pasar Malam Tahun Baharu Cina Foh Sang Secara Online 9 Feb Ini

Phoong Jin Zhe

KOTA KINABALU: Buat pertama kalinya, Pasar Malam sempena Tahun Baharu Cina, Foh Sang akan diadakan secara online bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang Phoong Jin Zhe berkata, penganjuran pasar malam secara atas talian (online) itu dilakukan bagi menghidupkan suasana sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

Penganjuran pasar malam secara online itu juga dilihat akan membantu mengelakkan penularan jangkitan wabak Covid-19.

Oleh itu, beliau mengalu-alukan penduduk di sekitar pusat bandaraya itu untuk bersama-sama menyokong penganjuran pasar malam online itu dengan melakukan pembelian bagi produk yang dipasarkan sempena Tahun Baharu Cina.

Ketua Pemuda Sosialis DAP ini berkata, usaha itu diambil bagi menyediakan medium untuk orang ramai melakukan pembelian tanpa perlu risau dengan jangkitan Covid-19 kerana tidak perlu keluar dari rumah.

“Walaupun kerajaan membenarkan operasi pasar malam namun, Pasar Malam Tahun Baharu Cina agak berbeza.

“Jadi kita tidak mahu meningkatkan risiko jangkitan dalam kawasan yang sesak dengan pelanggan,” katanya menerusi paparan Facebooknya, semalam.

Menurutnya, Pasar Malam CNY Foh Sang itu akan diadakan pada 9 Feb ini bermula 6 petang menerusi laman page Facebooknya, Phoong Jin Zhe.

Jin Zhe berkata, beliau faham ada antara anak muda yang tidak dapat pulang ke kampung halaman jadi, dengan adanya pasar malam secara online itu diharap mereka dapat merasai suasana perayaan Tahun Baharu Cina.

Tambahnya, mereka masih menerima penyertaan peniaga dan peserta persembahan untuk pelaksanaan pasar malam secara online itu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Eklan bagi gerai online ditalian 010-2851308 dan Desmond (Persembahan) ditalian 016-8991137.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *