Pematuhan SOP Di Daerah Penampang Amat Baik

Foto Facebook Polis Daerah Penampang

PENAMPANG: Pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di daerah Penampang berada pada tahap memuaskan setakat ini.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, hasil pemantauan yang dijalankan polis dari semasa ke semasa mendapati masyarakat di daerah ini amat baik.

Katanya, pihaknya sudah mengenalpasti beberapa lokasi tumpuan termasuk pasar borong tani di Jalan Penampang Bypass, di sini.

Foto Facebook Polis Daerah Penampang

“Hari ini, saya bersama Penolong Pegawai Daerah Penampang hadir di pasar borong ini untuk memantau aktiviti harian dan tahap pematuhan SOP di pasar ini.

“Kita tahu pasar pemborong sayur ini adalah salah satu tempat tumpuan ramai di daerah ini kerana ia menyediakan bahan mentah, barang keperluan bukan saja untuk masyarakat Penampang tetapi juga Kota Kinabalu dam Putatan,” katanya ketika ditemui selepas meninjau pasar borang berkenaan, hari ini.

Mohd Haris berkata, pihaknya percaya tahap pematuhan yang amat baik ini disebabkan masyarakat memahami segala keperluan SOP yang ditetapkan pihak berkuasa termasuk Mahlis Keselamatan Negara (MKN).

Foto Facebook Polis Daerah Penampang

“Saya berharap masyakat di daerah Penampang khususnya pengunjung di pasar borong ini akan terus berdsiplin mematuhi sop yg ditetapkan.

“Pematuhan ini adalah usaha bersama kumpulan ‘frontliners’ untuk memutuskan pandemik Covid-19 daripada terus menular di Penampang,” katanya.

Sementara itu, Mohd Haris berkata, setakat ini, tahap pematuhan SOP di daerah Penampang mencecah 92 peratus.

Katanya, ketika ini, pasukan pemantau IPD Penampang hanya membabitkan sebanyak 19 pasukan yang menjalankan pemantauan merangkumi semua premis dan kawasan kampung.

“Dengan mengambil kira keadaan semasa dan keperluan, IPD Penampang menambah pasukan pemantauan kepada 28 pasukan untuk memeriksa premis pernigaaan, rumah ibadah, perkilangan, pusat hiburan dan lokasi yang difikirkan perlu,” katanya.

Mohd Haris berkata, setakat ini IPD Penampang juga sudah mengeluarkan sebanyak 55 kompaun atas pelbagai kesalahan termasuk tidak memakai pelitup muka dan juga menaiki kenderaan lebih had. – AsiaTimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *