COVID-19: 3,455 Kes Baharu & 21 Kematian Dicatat Hari Ini

Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 3,455 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 3,455 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 222,628 kes secara keseluruhan.

Daripada 3,455 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 3,450 merupakan kes tempatan manakala 5 lagi adalah kes import.

Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 47,847 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.

Terdapat 327 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 145 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 3,661. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 173,990 kes.

KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 21 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini.  Justeru, jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 791 kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *