COVID-19: 5,298 Kes Positif Baharu, 14 Kematian Dicatatkan Hari Ini

PUTRAJAYA: Sebanyak 5,298 kes jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 214,959 setakat Ahad (31 Januari 2020), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 48,150 kes.

Daripada 5,298 kes baharu pada hari ini, tiga (3) kes merupakan kes import manakala penularan dalam negara pula adalah sebanyak 5,295 kes.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 2,460 kes diikuti Johor 1,020 kes, Kuala Lumpur 783 kes, Sabah 298 kes dan lain-lain.

Pesakit yang sembuh pada hari ini adalah sebanyak 4,522 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 166,049 kes.

Sehingga kini, terdapat 313 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 127 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Manakala, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 14 kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 760 kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *