Bom Perang Dunia Kedua Ditemukan di Labuan

om peninggalan perang dunia kedua ditemukan di Simpang 11, Kampung Jawa, Labuan.

LABUAN, 29 Jan : Sebutir bom tinggalan Perang Dunia Kedua ditemukan di kawasan perkampungan di Simpang 11, Kg Jawa di sini dan berjaya diletupkan hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata bom seberat 35 kilogram itu dijumpai tertanam kira-kira dua meter di bawah tanah oleh seorang pekerja berusia 50 tahun yang melakukan kerja menggali tanah di kawasan itu pada pukul 11 pagi semalam.

“Setelah diperiksa dengan teliti, pasukan pemusnah bom kami mengesahkan bahawa objek itu adalah bahan letupan jenis UXO,” katanya kepada Bernama di sini.

om peninggalan perang dunia kedua ditemukan di Simpang 11, Kampung Jawa, Labuan.

Mohd Ibrahim berkata alat logam ketenteraan sepanjang dua kaki itu diletupkan pada 12.30 tengah hari di tempat yang lebih selamat di luar bandar. – BERNAMA

om peninggalan perang dunia kedua ditemukan di Simpang 11, Kampung Jawa, Labuan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *