COVID-19: 3,585 Kes Baharu, 11 Lagi Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA: Sebanyak 3,585 kes COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 190,434 kes di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia membabitkan 3,583 kes tempatan dan dua kes penularan dari luar negara.

Katanya, Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi hari ini iaitu 1,295 diikuti Kuala Lumpur dengan 610 kes baharu serta Johor (516).

“Sehingga kini seramai 280 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 111 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sehingga jam 12 tengah hari ini terdapat 11 kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 700 kes.

Beliau turut memaklumkan terdapat 4,076 kes pulih hari ini menjadikan jumlah kes sembuh di negara ini sebanyak 149,160 kes.

912