Penduduk Terkejut Lihat Wanita Cari Makanan Di Tempat Sampah

Terpaksa mengais sampah untuk mencari makanan.

KOTA KINABALU: “Seperti biasa, antara rutin yang selalu dibuat adalah buang sampah di tong sampah di depan taman ini,” kata Jaya Parakassi, seorang penduduk di Taman Putera Perdana Telipok.

Kebiasaannya ada juga orang yang datang untuk mencari sesuatu dalam longgokan sampah dan sekitarnya tetapi kebanyakan mereka hanya mencari barang-barang yang masih digunakan seperti tin, kotak dan sebagainya untuk dijual sebagai barangan kitar semula.

Kebanyakannya lelaki yang selalu mencari barangan untuk dijual sebagai sumber pendapatan.

Mencari makanan di antara longgokan sampah demi hidup.

“Tetapi, saya berasa betul betul tersentuh dan terkejut melihat seorang wanita di kawasan ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo selepas catatannya di facebook menjadi viral.

“Masa tu dia sedang duduk dan memilih sesuatu.. dia sempat melihat saya dan terus tunduk menyambung kerjanya,” katanya .

“Bila saya  perhatikan apa yang dia sedang lakukan…. Allahuakbar, ianya bukan seperti yang saya  lihat sebelum ini.

“Dia sedang asingkan sisa buangan sayur yang rosak…yang  elok sedikit disimpan untuk di bawa balik dan jadikan makanan untuk hari ini. Tanpa banyak fikir, terus saya balik rumah untuk ambil apa yang patut diberikan kepadanya,” katanya.

“Bila saya tiba semula… dia masih di situ..Terus saya tanya pasal keluarganya…ada suami, rumahnya tidak jauh dari taman ini, suaminya tidak bekerja tetapi hanya cari apa-apa  yang patut di kawasan begini… sama seperti dia…”

Beliau difahamkan wanita ini memiliki seorang anak yang masih kecil.

Sesiapa yang ingin membantu dalam apa juga bentuk untuk meringankan beban keluarga itu, beliau bersedia untuk membantu menghubungkan mereka dengan wanita yang kurang bernasib baik itu. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *