Dua PTI Didenda RM100,000 Dan RM50,000

Talzan dan Sanyo dikenakan hukuman selepas prosiding mahkamah.

TAWAU : Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda masing-masing RM100,000 dan RM50,000 terhadap dua pendatang tanpa izin (PTI) selepas mengaku salah memiliki barang kawalan bersubsidi awal bulan ini.

Tertuduh Talzan Tigasan,34, dan Sanyo Naldo,32, didakwa melakukan kesalahan itu pada 4 Januari 2021, di perairan Pulau Boheyan, dalam daerah Semporna.

Tertuduh, mengaku salah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa dan faham ketika Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan, Talzan didakwa memiliki minyak petrol sebanyak 775 liter, manakala Sanyo juga didakwa memiliki minyak petrol sebanyak 175 liter.  

Semasa ditahan, kedua-dua tertuduh gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran pemilikan barangan terkawal dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan  Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) termasuk dokumen pengenalan diri.

Tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu menyimpan barang kawalan tanpa kebenaran.

Sementara itu, Awang Kerisnada dalam penghakimannya berkata hukuman berat perlu dikenakan bagi kes pemilikan tanpa kebenaran barang kawalan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang lain untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut. 

Mahkamah memerintahkan Talzan dikenakan hukuman denda RM100,000 atau penjara dua tahun dan enam bulan penjara manakala Sanyo dijatuhkan hukuman denda RM50,000 atau satu tahun penjara dan enam bulan penjara.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Jong Jee Leong manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *