COVID-19: 3,346 Kes Baharu, 11 Kematian Dicatatkan Hari Ini

PUTRAJAYA: Jumlah kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini sebanyak 3,346 kes, menunjukkan penurunan berbanding direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 183,801 kes.

Katanya, sehingga kini jumlah kes aktif dengan kebolehjanngkitan di Malaysia ialah 41,677 kes.

“Kes baharu yang dilaporkan hari ini membabitkan 2,602 warganegara manakala 737 kes lagi warga asing.

“Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 950 kes baharu diikuti Sabah (431) dan Kuala Lumpur (390),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham melaporkan, terdapat 11 kes kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 678 kes bersamaan 0.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Bagi kes sembuh pula, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 4,427 kes dilaporkan pulih hari ini dan menjadikan jumlah keseluruhannya iaitu 141,446 kes atau 77 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

847