Tiada Jenayah Rentas Sempadan Sepanjang PKP Di Sabah

Hazani Ghazali

KOTAK KINABALU: Tiada jenayah rentas sempadan direkodkan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sabah, setakat ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, namun hasil risikan polis mengesahkan terdapat cubaan untuk masuk ke negeri ini secara haram.

“Hanya tahun lalu ada kes rompakan di laut, namun berjaya diselesaikan membabitkan tangkapan lima suspek dan dua pistol dirampas.

“Cubaan untuk masuk sememangnya ada, kita menerima maklumat dari pihak seberang dan juga hasil risikan di sini.

“Kita berharap dengan pembangunan pangkalan pasukan keselamatan negara Filipina di kawasan sempadan perairan ini akan memberi kelebihan dalam usaha mengekang kemasukan pendatang tanpa izin (Pati) ke kawasan kita,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Hazani berkata, penguatkuasaan pasukan polis sepanjang tempoh PKP yang dilaksanakan sejak 13 Januari lalu akan diperhebatkan dengan OP Benteng bagi menyekat kemasukan Pati ke Sabah.

Katanya, ini adalah langkah utama bagi menyekat penularan jangkitan pandemik Covid-19 yang dibawa warga asing ke negeri ini terutamanya mereka yang masuk secara haram.

“Kita akan membuat pemantauan jalan dan lorong tikus atau laluan lain yang sudah kita kenal pasti di sempadan,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1169