Covid-19: 3,361 Kes Baharu, 18 Kematian Hari ini

Kuala Lumpur: Sebanyak 3,631 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu bertambah kepada 176,180 kes dengan kebolehjangkitan 42,814 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, enam kes import dan 3,625 kes penularan tempatan.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 782 kes diikuti Sabah sebanyak 453 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 435 kes.

“Sebanyak 2,554 kes pulih dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih di negara ini sebanyak 132,706 (75.3 peratus),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, katanya, terdapat 251 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 102 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, kes kematian pada hari ini adalah 18 kes terdiri 17 tempatan dan seorang bukan warganegara menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 660 kes iaitu 0.37 peratus.

“Kes kematian pada hari ini membabitkan sembilan kes dari Selangor, tiga kes dari Sabah, dua kes dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua kes dari Sarawak dan masing-masing satu kes dari Johor dan Pulau Pinang.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *