COVID-19: 3,631 Kes Baharu, 14 Kematian Dicatatkan Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 39,464 pesakit Covid-19 sedang dirawat ketika ini, dan 3,631 kes jangkitan baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pada ketika ini 238 pesakit sedang diberikan rawatan rapi, dengan 96 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam tempoh sama, sebanyak 14 kematian dilaporkan.

“Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,199 kes (33%). Daripada jumlah ini, sebanyak 884 kes (73.7%) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan,” katanya.

Hisham melaporkan daripada jumlah jangkitan terbaharu, 3,624 kes adalah penularan tempatan, dengan 2,754 daripadanya warganegara.

Selepas Selangor, Kuala Lumpur melaporkan 521 kes, Johor (368), Sarawak (156), Negeri Sembilan (139), Perak (135), Kelantan (133), Pulau Pinang (124), Melaka (122), Kedah (114), Terengganu (33), Pahang (31), Putrajaya (26), Perlis (3), dan Labuan (1).

Sebanyak 2,944 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam lalu.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan jangkitan yang dilaporkan sehingga kini sebanyak 165,371 kes, dengan 125,288 kes sembuh.

Jumlah kumulatif kes kematian 619 kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *