COVID-19: PKPD Di Kampung Timbang Dayang, Kota Belud Tamat

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Timbang Dayang, Kota Belud, Sabah, ditamatkan hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD di lokaliti itu yang dilaksanakan pada 5 Januari lalu sehingga hari ini, ditamatkan mengikut tarikh dijadualkan.

Katanya, sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah melaksanakan 516 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 53 kes positif COVID-19 direkodkan.

“KKM turut mengesahkan baki kes aktif di lokaliti ini terkawal di mana kes terakhir direkodkan adalah pada 11 Januari lalu dan tiada lagi sampel menunggu keputusan.

“Atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Kampung Timbang Dayang, Kota Belud, Sabah pada hari ini seperti yang dijadualkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

737