Bantuan Prihatin COVID-19 2.0 Kepada Rakyat Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan Bantuan Prihatin COVID-19 2.0 kepada rakyat Sabah yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut satu kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor kelmarin (16 Januari) berkata, bantuan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM128.98 juta.

Katanya agihan yang akan dibuat adalah peruntukan RM97.4 juta bagi bantuan ‘One-Off’ RM300 seorang untuk seramai 324,661 orang terdiri daripada golongan e-kasih, B40, anak yatim, orang tua, orang kurang upaya, ibu tunggal, petani, nelayan, pekebun kecil, penternak, pemandu pelancong, malim gunung, porters, penggiat seni, pemandu teksi, pemandu bas, pemandu lori dan penjaja.

Tambahnya lagi, peruntukan NADMA berjumlah RM31.58 juta bagi perbelanjaan bakul makanan kepada penduduk Sabah yang terkesan akibat arahan perintah kuarantin di rumah dan lokaliti yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

7194