Pematuhan SOP Empat Daerah Di Sabah Menurun

KOTA KINABALU: Memasuki hari keempat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sabah, empat daerah menunjukkan kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang menurun.

Empat daerah yang menunjukkan kadar pematuhan SOP menurun adalah Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Kadar pematuhan diempat daerah ini adalah 92 peratus berbanding 93 peratus semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun semasa sidang media semalam turut memaklumkan penurunan kadar pematuhan ini adalah cerminan bahawa masyarakat di daerah tertentu semakin leka dengan jangkitan Covid-19.

Berdasarkan statistik hari ini, kes positif baharu Covid-19 di empat daerah yang mencatatkan kadar pematuhan menurun ini turut merekodkan kes baharu yang tertinggi di Sabah berbanding daerah-daerah lain.

Katanya, hari ini tiga daerah mencatatkan kadar pematuhan SOP yang meningkat iaitu Ranau, Beluran dan Sipitang, iaitu dari 93 peratus semalam kepada 94 peratus pada hari ini.

Masidi berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang ingkar kepada SOP yang sedang berkuatkuasa dengan mengenakan kompaun RM1,000 dibawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi SOP dan arahan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi membendung penularan pandemik Covid-19. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

8618