COVID-19: Lebih 42% Katil Hospital, Pusat Kuarantin Sabah Digunakan

Masidi Manjun

KOTA KINABALU, 14 Jan : Lebih 42 peratus daripada jumlah katil di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) digunakan di Sabah setakat hari ini bagi merawat pesakit COVID-19, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Beliau yang juga jurucakap COVID-19 kerajaan negeri berkata pada masa ini Sabah mempunyai 6,853 unit katil dan daripada jumlah itu sebanyak 1,039 unit berada di sembilan hospital manakala selebihnya di 38 PKRC.

“Sejumlah 2,886 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 766 orang di hospital dan 2,120 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam pusat rawatan rapi (ICU) ialah 73 orang dan 23 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sementara itu, Masidi berkata daripada 389 kes baharu positif COVID-19 di Sabah hari ini, 281 kes dikesan daripada saringan kontak rapat, saringan bergejala (68), saringan kluster sedia ada (lapan) manakala selebihnya daripada saringan lain. 

Katanya, tiada kluster baharu dilaporkan di negeri itu hari ini. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *