Lelaki Ditemukan Maut Di Bangunan Kedai Pekan Ranau

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Sammy Newton

RANAU: Seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tangga sebuah bangunan kedai di Pekan Ranau di sini.

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Sammy Newton berkata bertindak dengan maklumat, pihaknya menjalankan siasatan dilokasi kejadian kira-kira jam 1.15 petang.

“Kita menggerakkan anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal di sini dan hasil siasatan di tempat kejadian mendapati seorang lelaki dianggarkan berumur 50-an dalam keadaan terbaring di bahagian tangga.

“Pihak Hospital Ranau kemudiannya dipanggil ke lokasi dan hasil pemeriksaan mengesahkan lelaki tersebut sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mempunyai masalah penyakit mental berdasarkan pengecaman yang dibuat oleh ahli keluarga mangsa.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Ranau untuk siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau di talian 088 875222 bagi membantu siasatan,” katanya. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *