COVID-19: Kes Baharu Tertinggi Direkodkan Hari Ini 3,337 Kes Dengan 15 Kematian

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 3,337 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menurut KKM, kes yang dicatatkan pada hari ini adalah paling tinggi pernah direkodkan.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 3,337 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 147,855 kes secara keseluruhan.

Daripada 3,337 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 3,330 merupakan kes tempatan manakala 7 lagi adalah kes import.

Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 32,377 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.

Terdapat 195 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 86 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 1,710 kes. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 113,288 kes.

KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 15 kes kematian baharu yang dicatatkan pada hari ini.  Justeru, jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 578 kes atau bersamaan dengan 0.4% secara keseluruhannya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *