Amaran Cuaca Bahaya & Hujan Sangat Lebat Di Sabah

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Cuaca Bahaya dengan hujan sangat lebat dijangka berterusan sepanjang hari ini bagi di Sandakan, di Sabah.

MetMalaysia dalam satu kenyataan turut mengeluarkan Amaran Cuaca Buruk dengan jangkaan hujan lebat berterusan di Telupid, Kinabatangan dan Beluran di Sabah.

“Sementara itu, di beberapa kawasan di Sarawak termasuk Kudat (Sabah) dijangka berlaku hujan lebat,” katanya.

MetMalaysia turut menjangkakan hujan lebat bermula esok hingga Ahad ini membabitkan beberapa kawasan termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau & Tambunan), Pantai Barat dan Kudat) di Sabah serta Wilayah Persekutuan (WP) Labuan.

“Sepanjang tempoh itu, angin kencang boleh berlaku di kawasan pantai negeri Sarawak dan Sabah,” katanya.

MetMalaysia turut memaklumkan, angin kencang timur laut berkelajuan sehingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter (m) boleh berlaku di perairan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah Barat dan WP Labuan dalam tempoh itu.

“Di perairan Sabah Timur juga boleh berlaku angin kencang timur laut berkelajuan sehingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5m yang mana kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” katanya. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

9654