PKP: Rata-Rata Netizen Sambut Baik Pengumuman PM

KUALA LUMPUR: Pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini sememangnya ditunggu-tunggu banyak pihak.

Siaran langsung menerusi pelbagai platform media sosial, menarik minat orang ramai untuk mengetahui apakah langkah baharu kerajaan dalam menangani jumlah kes positif Covid-19 yang meningkat sejak beberapa hari lalu.

Rata-rata netizen menyifatkan pengumuman berkenaan adalah langkah terbaik, mengulangi tindakan sama ketika wabak pandemik itu bermula tahun lalu.

Malah ramai yang memuji ketegasan kerajaan dalam melaksanakan semula PKP di enam negeri selain dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) khusus.

Seorang netizen, Apiep berkata, dia menyokong segala tindakan demi kebaikan bersama.

“Apapun, demi kebaikan bersama saya sokong. InsyaAllah semoga dipermudahkan kita semua,” katanya.

Sementara itu seorang lagi netizen, Nur Syairah Ayob berkata, keputusan kerajaan itu perlu diterima secara terbuka oleh semua pihak.

“Alhamdulillah, semoga kita semua terima dengan hati terbuka untuk memutuskan rantaian (Covid-19),” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *