Kota Marudu & Kudat Terjejas Banjir

Anggota keselamatan memindahkan penduduk yang terjejas akibat banjir di Kota Marudu. Gambar Ihsan APM

KOTA MARUDU: Empat Pusat Penempatan Sementara (PPS) dibuka di kota Marudu dan Kudat setakat 8.30 malam ini bagi menempatkan 737 penduduk daripada 180 keluarga selepas penempatan mereka terjejas akibat banjir.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataannya berkata, di Kota Marudu, seramai 666 mangsa membabitkan 170 keluarga membabitkan 13 kampung dipindahkan ke tiga PPS.

“Daripada keseluruhan penduduk yang terjejas di Kota Marudu, seramai 324 mangsa daripada 80 keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Taritipan, 317 mangsa daripada 77 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Kampung Asin-Asin, manakala 25 penduduk daripada 13 keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Rendah Advent Damai.

“Di Kudat, seramai 71 mangsa membabitkan 10 keluarga dipindahkan ke PPS SK Tun Dato Hj Mustapah. Jumlah mangsa banjir di Kudat dijangka terus bertambah,” katanya, malam ini. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *