Henti Sebar Berita Tidak Sahih Berkaitan Covid-19 Sabah

KOTA KINABALU: Pejabat Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan memandang serius penularan berita-berita tidak sahih dan palsu yang kini tular dibeberapa laman media sosial.

Sehubungan itu, bagi pihak Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan, orang ramai diingatkan supaya tidak lagi menyebarkan apa-apa berita berkenaan Covid-19 jika bukan dari sumber rasmi bagi mengelakkan kekeliruan dan panik dikalangan masyarakat.

Pejabat Setiausaha Akhbar Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan meminta orang ramai supaya merujuk kepada sumber-sumber rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga jurucakap Covid-19 kerajaan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun untuk sebarang perkembangan rasmi dan sahih berkenaan Covid-19.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *