
KOTA KINABALU : Seramai 5,142 kanak-kanak di bawah 12 tahun direkodkan sudah dijangkiti Covid-19 di Sabah sepanjang tahun 2020.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, hampir separuh dari jumlah itu membabitkan kanak-kanak berusia bawah lima tahun dan juga bayi.
“Daripada jumlah ini, seramai 2,152 adalah kanak-kanak berusia di bawah lima tahun dan 707 daripadanya adalah bayi bawah setahun.
“Pada tahun lalu juga, sebanyak empat kematian dalam kalangan kanak-kanak dilaporkan di Sabah. Dua daripadanya berusia kurang daripada setahun,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Masidi berkata, sepanjang tahun lalu, Sabah mencatatkan 112 kluster Covid-19.
“Daripada jumlah ini, 49 kluster masih aktif manakala 63 lagi sudah ditamatkan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas berkenaan perkembangan Covid-19 di Sabah, hari ini. – HMetro
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost